Sunday, 3 July 2011

Ketua bidadari syurga - Ainul Mardhiah

Namanya membawa maksud Mata yang diredhai. Pandangannya jatuh umpama pelangi. Susuknya indah, jauh lebih sempurna dari segala wanita di dunia. Kecantikannya bukan bayangan manusiaCuma untuk memilikinya, perlu menitiskan darah sebagai syuhada!

Itulah dia Ainul Mardhiah. Bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari lain di syurga.
Suatu pagi di bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda kepada pengikutnya dan para sahabat.
Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiah

Mendengar berita itu, seorang sahabat yang sangat muda usianya merasa teruja. Ingin ditanya tentang bidadari tersebut pada Rasululullah, tapi dia merasa malu.Sebelum keluar berperang, mereka tidur dan pemuda itu bermimpi.

Dia bermimpi bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik. Lalu ditanya, apakah namanya tempat ini. Inilah syurga jawab lelaki itu. Lalu dia menyatakan hasratnya ingin berjumpa Ainul Mardhiah. Setelah diberitahu, dia berjalan dan berjumpa pula dengan seorang wanita yang kecantikannya tiada di dunia. Pemuda itu memberi salam dan bertanya Andakah Ainul Mardhiah? Jawab wanita rupawan itu, Bukan, saya hanya khadamnya.

Setelah itu, dia memasuki sebuah mahligai indah tidak terperi dan terjumpa seorang wanita yang lebih cantik dari tadi. Tapi apabila ditanya, wanita itu ternyata hanya khadam Ainul Mardhiah. Sampailah dia menaiki anak-anak tangga mahligai permata, dia menemui seorang perempuan yang sangat cantik paras dan susuknya. Malahan berkali ganda lebih cantik dari dua wanita tadi.

Wanita itu tersenyum sambil berkata Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untukmu Sebaik saja dia ingin mendekati wanita itu, Ainul Mardhiah melarang dan berkata Jangan, jangan kau dekati aku kerana engkau belum syahid lagi!

Serentak itu, pemuda tadi terbangun. Sebelum berangkat ke medan perang, dia menceritakan mimpi aneh itu pada salah seorang sahabat. Pesannya, Jangan ceritakan pada Rasulullah sehingga aku menemui syahid.
Ditakdirkan Allah SWT, pemuda itu gugur syahid. Petangnya, sahabat tadi menceritakan kepada Rasulullah tentang segalanya. Dan Rasulullah berkata Benar, segalanya benar dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani Ainul Mardhiahnya.


No comments:

Post a Comment