Friday 30 September 2011

Jom rest jap...

Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda

Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya


Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit .dan berkata dalam hati Hampeh..! aku dah terkena nih!
He He He!!! betul ker??
Dan


Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ;
)

Wednesday 28 September 2011

Kebesaran Surah Al-Kautsar



SURAH AL KAUTSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 


Tuesday 27 September 2011

Kiamat sudah dekat...


Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh  Al  'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji  Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat  perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:

1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqidah Ahli sunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan  
Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir 

"Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya : Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar"

p/s: renung2kan dan selamat beramal..sama2 kita bertaubat...

Tuesday 20 September 2011

Score A program - Teknik belajar paling berkesan


Program Score A antara program pembelajaran yang menawarkan latih tubi menjawab soalan  melalui komputer / internet. Melalui program Score A memudahkan ibubapa untuk memeriksa prestasi akademik anak mereka iaitu secara online sahaja. Yang penting skali, latih tubi Scoare A mengikut 100% sukatan pelajaran terkini Malaysia dan diperakui oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Score A meliputi silibus bagi pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5.  Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Score A anda boleh melayari website program Score A di www.Scorea.com.my atau terus menghubungi :-

Ustazah Najwa: 014-8366265
Cik Wan Najihah: 013-3605302/ 014-7371527

Risalah program SCORE A

Saturday 10 September 2011

rumah baru...semangat baru...


sekarang tengah menghitung hari...detik demi detik nak melangkah ke universitiku yang tercinta..hehe..tapi yang tak brape nk best sket tu sem ni kena plak cari rumah sewa..hai...banyaknya masalah...takpe2..sabau la banyak2..sekarang kena pikir nak cari kerja...nak cari keje..nak cari keje...banyaknya nak kena bayar...rumah lagi..kete lagi..haiiiii.....semput..kalau duit bley jatuh dari langit best gak kan..hurm...sabau la...